// Syafiqah Mansor

blogskin

F A K E S M I L E :'3


LA TAHZAN. INNALLAHA MA'ANA ^^
Assalamualaikum. Nur Syafiqah nama yg telah diberikan sejak aku mula melihat dunia. Cahaya Kebaikan. Indahnya namaku. Alhamdulillah:) Telah dilahirkan olh insan yg sngt menyayangiku, dan telah diazankan olh seorg ayah yg sngt mengasihiku. Aku lemah dalam menghadapi dugaan hidup, namum masih ingn mnjadi ahli di syurga-MU. Layakkah aku? Tidak! Aku tidak layak! Bantulah hamba-Mu yg hina ini ya Allah. Hanya dengan redha-MU aku mampu memasuki mahligai-MU. Aminn.

<$BlogItemCommentCount$> comment[s] | back to top

Khamis, 16 Oktober 2014

Thanks.

Assalamualaikum...

   
 
            Seqatuih peqatuih setuju, hahaha.. oke, utaqha seketika. btw, this quotes have taught me a lot. It made me realize my mistakes. Maybe its too late, but I believe qada'  and qadar. I'm just wanna share... tiada motif tersembunyi, tersirat mahupun tersurat.... *just letting you guys know, that i didn't have any "motif".. hampa nie bukan buleh kiqa sangat, menuduh tanpa bukti.. walaupun kdg-2 betoi, haha! 

english beteqaboq, mohon jangan diabaikan.

Jumaat, 13 Jun 2014

Think positive, Allah sayang...


Assalamualaikum...


          
          Dalam hidup ni, kita memang tak boleh percayakan sesiapa. Saudara yang sering mengambil berat akan kita, bertanyakan khabar, menasihati siang dan malam.. hakikatnya, di belakang kita, saudara itu yang menghina kita dalam diam, mengutuk kita tak henti-henti.. tapi apa yang paling tak sangka, apabila saudara itu membuka aib kita. Allahuakbar, sakit ! tak ada perasaan yang mampu digambarkan. Di hadapan aku, dialah tempat aku mengadu nasib, dialah pendengar setia aku, tanpa aku sedar.. aku rasa selamat bila bercakap dengan dia. Mungkin disebabkan usia dia yang lebih tua, aku selesa dengannya. Mungkin dia buka aib aku, untuk menutup kesedihannya, untuk mempertahankan dirinya dan untuk menjadi kuat di mata semua orang... atau mungkin untuk meminta simpati orang lain. tapi kenapa aku? semua orang nampak aku kuat.. selalu cakap kasar.. tapi pernahkan orang tau aku lemah! aku tak berdaya.. aku manusia yang tak boleh tahan dengan kata-kata orang.. aku keluarkan air mata setiap masa.. bukan untuk merebut perhatian orang! tapi sebab aku tak kuat.. ya, aku macam itu.. kenapa sanggup lagi lukakan hati aku... kenapa.. aku akan cuba maafkan, aku janji.. cuma luka tak mungkin dapat pulih dengan cepat.. aku maafkan sebab aku nak selamatkan hubungan kita, sebab aku tak nak sesiapa hilang dalam hidup aku... cuma jangan buat lagi.. Kadang-kadang aku rasa tak sanggup nak maafkan orang, aku rasa berat sangat dugaan Allah.. uji aku dengan kesetiaan orang-orang sekeliling.. Tapi bila aku renung diri aku, aku buka mata.. aku lihat dunia, aku lihat orang lain.. baru  aku sedar, aku manusia yang tak tau bersyukur! aku cuma diuji sedikit, cuma secebis! tapi aku terus jatuh.. Allah, hina sangat diri aku.. sedangkan para muslim di luar sana diuji dengan  kematian saudara-mara mereka yang shahid! kehilangan harta-benda! kemusnahan tanah air! Lihatlah dunia, lihatlah diri kita. Kita sebenarnya cukup bahagia, cuma kita tak tau bersyukur, sering merungut. Allah uji sebab Allah sayang.

          

Sabtu, 7 Jun 2014

Buat kau...



     Biar mata tidak bertemu,
     Biar doa kekal rahsia,
     Biar kau terus menyalahkan aku,
     Dan biar aku terus dipersalahkan..

     Aku selesa begini,
     Hakikatnya, Allah saja yang tahu.. 

     Kiriman doa saban hari,
     Kadangkala buat aku rasa yakin
     Allah sudah temukan kau dengan mujahid sejati,
     Yang mustahil akan dapat aku tandingi...

     Ingin sekali aku akui,
     Aku bukan mawar berduri,
     Yang para Adam impikan,
     Tapi aku hanya teluki...

     
      Ya, akulah sang teluki,
      Yang tidak pernah berseri,
      Yang tidak pernah mewangi,
      Yang hanya tahu mengasingkan diri...


     Lalu biar aku akui,
     Bahawa aku bukan wanita solehah,
     Yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak terpuji,
     Tapi aku cuma wanita biasa,
     Yang masih bertatih mengenal dunia Dia...

Khamis, 5 Jun 2014

Kayap

Assalamualaikum... 


           Happy holiday semua ! Hihi, maklumlah sekarang kan musim cuti.. tapi cuti-2 pun, kelas tambahan dan kerja kursus setia menanti ! Jangan lupakan homework ^^ 


          Okey, hari ni aku nak cqita pasai kayap. Sebab ap aku nak cqita pasai kayap ? Jeng jeng jeng.. sebab penyakit tu dah jadi kat aku --" memang seksa gila.  Apa itu kayap ? " Kayap ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus, kayap terbahagi kepada 3 jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung, dan kayap ular. ataupun dengan nama sainstifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. 


          
             Masa mula-2 jadi kayap tu, serious tak perasan langsong.. cuma rasa sakitt dekat tempat kayap tu, Bila bangun tidoq pagi tu.. aku terus check tempat yang aku rasa sakit.. dah agak dah jadi kayap, tapi yang peliknya kayap ni jadi kat atas dada dan berbentuk segi tiga, cantik jugak kayap tu.. Lol, btw, first tu aku ingat ada ciri-2 *ehem, you know what i mean.. macam ada something yg buat.. maksud aku.. benda tu, makluk lain.. sebab kayap yang jadi tu.. menyeramkan.. dah la bentuk segi tiga..


         Act, dua hari sebelum jadi kayap tu, ada kem masuk hutan. sebab tu boleh pikiaq 'benda tu'. ermmm.. tak ada lg yg taw aku jadi kayap.. takot nak habaq kat mak, sebab nanti mak bawak pi kat orang tua tu.. dah la lakie, tak kan dia nak rawat aku kowt. Tapi orang tua tu baguih jugak, sebab masa first time aku jadi kayap kat tangan, dia rawat guna ayat-ayat Al-Quran... tapi tetap tak mau -_- Aku sebenarnya takod jugakk, macam mana kalau jadi parut? macam mana kalau aku kahwin nanti parut tu tak hilang? macam mana kalau suami aku tak suka? Noooo ! Aku tak biaq benda tu jadi !

   
        Tapi aku takut nak habaq kat mak, nanti kena pi kat orang tua tu.. tak kan dia nak tengok dada aku, aku tak nak aurat aku terdedah, walaupun sikit.. ya Allah, macam mana ni......... takutttttttt, kalau tak rawat, nanti melaqat...




Sabtu, 31 Mei 2014

Tarbiah Hati


Assalamualaikum...


Biar orang pandang kita LEKEH..

sedangkan kita KUAT..
membina diri setiap hari.

Daripada...
orang pandang kita KUAT...
tapi sebenarnya kita LEKEH...
tidak memajukan diri setiap 
hari.

Kerana...
orang yang terus membina 
diri...
akan maju ke diri...
orang yang tenggelam dalam
sedikit puji...
akan terus di takuk kebiasaan.

Maka...
langkah jihadmu...
jangan maju dek puji...
jangan mundur dek puji...
tapi kan tetap melangkah...
memburu janji Ilahi.



Sebarkan Bahagia, Sebarkan Kebaikan...
Wallahu a'lam

Sabtu, 12 April 2014

:)

Assalamualikum...


         Menjauhi aku, kalau itu jalan yang kau pilih, aku redha. Aku juga sedar aku tak mampu melawan takdir-NYA, walaupun hakikatnya, aku lah penyebab semua ini. Tak pernah sekali pun kau berhenti menyalahkan aku, aku bahagia ketika itu. Pelik? hakikat yang aku alami. Suatu saat, kenapa tiba-tiba kau menyalahkan diri kau kembali. Seolah-olah mencari alasan menjauhi aku. Bukan niat aku perkara ini terjadi, cuma aku buntu. Tapi sebelum kau pergi, kau telah titipkan aku dengan satu pesanan yang penuh dengan tanda tanya. Aku bukan bodoh, aku faham maksud tersirat kau, meminta aku untuk menjauhi kau. Dengan perkataan dan percakapan yang menyakiti aku, aku faham. Sedar tak sedar, kau sendiri yang mengambil dulu langkah di hadapan aku. Seolah-olah berada satu anak tangga di hadapan aku. Meninggalkan aku di belakang keseorangan. Ingin sekali aku meminta jawapan. Tapi layakkah aku? Sedangkan aku sendiri tak pernah menjawab persoalan yang kau ajukan. Kenapa hubungan silaturahim antara kita tak boleh terjalin? Mungkin kau benci dengan aku....... satu jawapan yang pasti. Tipulah kalau aku cakap tak inginkan kenangan dulu berulang. Tiada kata lain lagi, Semoga kau bahagia bersama pilihan kau.  Aku bukan budak kecik, aku paham dan aku tahu salah aku. Memang aku tak layak bergelar sababat dengan diri kau.

Rabu, 25 Disember 2013

My Weakness...

         
Assalamualaikum

          Aku dah cuba pujuk diri aku supaya jangan lemah . tapi hakikatnya , aku tak boleh . aku mudah merajuk , menangis sampai kadang-2 ada orang tak suka dgn tangisan aku . walaupun aku cuba tahan air mata , tetap akan mengalir jugak . aku dah cuba berhenti menangis untk benda-2 yang tak penting , tapi susah . hati aku asyik mudah terasa . entahlah , sampai bila aku nak jadi macam ni . tak ada orang pun yang paham , kadang-2 aku rasa macam nak bagi ja hati aku ni kat orang lain , sebab aku nak orang rasa betapa rapuhnya hati aku . aku tahu kalau aku cakap tak ada orang akan paham , sebab tu aku malas bercerita dgn orang apa yang aku rasa . aku cuma menangis dalam diam . tapi orang sekeliling aku mmg dah paham sangat perangai aku . aku cuma mintak Allah kuatkan hati aku , walaupun hakikatnya aku sendiri yang kena didik hati aku . wallahualam . biarlah orang pandang aku lemah pun . kan bagus kalau air mata aku kering , kalau hati aku tak ada perasaan sedih .