// Syafiqah Mansor : Oktober 2013

blogskin

F A K E S M I L E :'3


LA TAHZAN. INNALLAHA MA'ANA ^^
Assalamualaikum. Nur Syafiqah nama yg telah diberikan sejak aku mula melihat dunia. Cahaya Kebaikan. Indahnya namaku. Alhamdulillah:) Telah dilahirkan olh insan yg sngt menyayangiku, dan telah diazankan olh seorg ayah yg sngt mengasihiku. Aku lemah dalam menghadapi dugaan hidup, namum masih ingn mnjadi ahli di syurga-MU. Layakkah aku? Tidak! Aku tidak layak! Bantulah hamba-Mu yg hina ini ya Allah. Hanya dengan redha-MU aku mampu memasuki mahligai-MU. Aminn.

<$BlogItemCommentCount$> comment[s] | back to top

Jumaat, 18 Oktober 2013

Jadikan aku seorang mujahid

      As'salamualaikum .

       
     

        Pernah terdetik dalam hati aku , aku nak jadi macam orang lain . aku nak jadi Hawa yang solehah , tapi persoalannya ? mampukah aku ? aku selalu tertanya-tnya soalan tu . pelik kan , kenapa aku mesti tanya soalan tu pada diri sendiri , sedangkan jawapannya dah pasti . " aku tak mampu " . kenapa tak ada keyakinan dalam hati aku untuk berubah ? kenapa syafiqah ? kenapa ! dalam dunia ni , tak ada yang mustahil kan ?. yaa , aku taw semua tu , tapi dalam hati aku ni masih perlukan lebih keyakinan . tak perlu takut untuk berubah , semua orang layak dan diberi peluang untuk berubah kan ? tapi , susah untuk diri aku . aku malu dengan Allah . aku malu dengan diri aku sendiri , bila terkenangkan dosa yang dulu , mungkin aku tak akan maafkan diri aku . bodoh ! aku dah banyak melakukan kemungkaran , tapi realitinya , aku masih suka akan kemungkaran . selalu terkenangkan Allah bila menangis , tapi bila aku gembira , aku lupa akan Allah . hakikatnya ? tangisan aku hanyalah kepura - puraan . aku tekad , aku nak jadi seseorang yang boleh dibanggakan untk diri aku sndiri . bukan hanya sekadar dilafazkan di mulut , tapi juga telahpun ditanam dalam hati aku dan aku yakin aku boleh . mungkin ada orang yang akan menganggap aku ni munafik , sebab semua luahan ni terbit dari hati hamba kotor lagi hina . salahkah seseorang tu nak cari redha Allah yang telah lama hilang dalam kehidupan dia ? mungkin ya , mungkin tidak . pemikiran manusia ni kita tak boleh nak ubah . biarlah orang nak pandang kita macam mna pun . sebab bukan orang lain nak nilai kita , nak tentukan syurga neraka kita , dosa pahala kita . Allah saja yang menentukan semua tu . jadi pedulikan pandangan serong orang kat kita . tak dinafikan , masih wujud kemyuskilan dalam diri aku , tapi aku terpaksa buang semua tu , untuk dapatkan keyakinan aku . 


       Alhadulillah , dekat sisi aku sekarang , aku ada ramai kawan-2 yang paham akan diri aku dan sudi bimbing aku . tiada kata yang mampu aku lafazkan ya Allah . terima kasih di atas setiap kurniaan-MU . sesungguhnya aku mulai menghargai kehadiran setiap insan yang berada di 
sampingku . mungkin dulu , aku lalai . aku lalai dengan cinta dunia . membiarkan insan yang benar-2 menyayangiku pergi begitu saja . tapi aku yakin , aku tak salah membuat keputusan . aku tak nak terjebak dalam kisah cinta dunia . biarlah doa yang menghubungkan aku dan dia . tapi aku sedar , mungkin insan yang aku sayang tu dah lama melupakan aku . aku sedar dan pasti akan hakikat itu . aku tinggalkan dia tanpa sebarang sebab , alasan mahupun sebarang penjelasan . hanya sekadar kata-2 yang menyakiktkan . aku tak pernah mengharapkan sebarang kemaafan dari dia , sebab sampai saat ini aku bernafas , aku masih tak mampu memaafkan diri aku sendiri pun , aku tak mampu . sebab aku terlalu kejam dengan hamba Allah 
yang benar-2 menyayangiku . tapi aku sedar aku tak boleh lalai dengan cinta dunia . jadi aku lupakan cinta ajnabi sebab aku tak yakin . lebih baik aku mengasihi keluarga dan sahabat-2 aku . kalau aku dan kau ada jodoh dan andainya kita jumpa pada masa depan , aku akan kejar kau balik . berhubungan jarak jauh , memang sukar kan ? tapi kalau dah ada kepercayaan dan kesetiaan , nescaya akan jadi mudah . sayangnya , aku tak ad komitmen untuk semua tu pada masa sekarang . sebab aku kena belajar , kena cari cinta Allah . aku jugak ada tanggungjawab kat keluarga aku .


        Aku ingin berubah . aku taw aku tak sempurna , aku pun tak kata aku ni baik , apatah lagi alim . aku banyak buat salah . sebab aku nie hamba Allah yang lemah dan tak berdaya . aku pun bukannya ada apa-2 , sebab apa yang aku miliki hari ini adalah milik Allah . dan bila hati aku terdetik untuk berubah , maka pertuturanku , perbuatanku , akhlakku , hatiku ,  niatku hanyalah untuk tuhanku . Allahhuakbar . bimbing aku ya Allah . sesungguh aku tiada apa-2 melainkan kau di sisiku .