// Syafiqah Mansor : Jun 2014

blogskin

F A K E S M I L E :'3


LA TAHZAN. INNALLAHA MA'ANA ^^
Assalamualaikum. Nur Syafiqah nama yg telah diberikan sejak aku mula melihat dunia. Cahaya Kebaikan. Indahnya namaku. Alhamdulillah:) Telah dilahirkan olh insan yg sngt menyayangiku, dan telah diazankan olh seorg ayah yg sngt mengasihiku. Aku lemah dalam menghadapi dugaan hidup, namum masih ingn mnjadi ahli di syurga-MU. Layakkah aku? Tidak! Aku tidak layak! Bantulah hamba-Mu yg hina ini ya Allah. Hanya dengan redha-MU aku mampu memasuki mahligai-MU. Aminn.

<$BlogItemCommentCount$> comment[s] | back to top

Jumaat, 13 Jun 2014

Think positive, Allah sayang...


Assalamualaikum...


          
          Dalam hidup ni, kita memang tak boleh percayakan sesiapa. Saudara yang sering mengambil berat akan kita, bertanyakan khabar, menasihati siang dan malam.. hakikatnya, di belakang kita, saudara itu yang menghina kita dalam diam, mengutuk kita tak henti-henti.. tapi apa yang paling tak sangka, apabila saudara itu membuka aib kita. Allahuakbar, sakit ! tak ada perasaan yang mampu digambarkan. Di hadapan aku, dialah tempat aku mengadu nasib, dialah pendengar setia aku, tanpa aku sedar.. aku rasa selamat bila bercakap dengan dia. Mungkin disebabkan usia dia yang lebih tua, aku selesa dengannya. Mungkin dia buka aib aku, untuk menutup kesedihannya, untuk mempertahankan dirinya dan untuk menjadi kuat di mata semua orang... atau mungkin untuk meminta simpati orang lain. tapi kenapa aku? semua orang nampak aku kuat.. selalu cakap kasar.. tapi pernahkan orang tau aku lemah! aku tak berdaya.. aku manusia yang tak boleh tahan dengan kata-kata orang.. aku keluarkan air mata setiap masa.. bukan untuk merebut perhatian orang! tapi sebab aku tak kuat.. ya, aku macam itu.. kenapa sanggup lagi lukakan hati aku... kenapa.. aku akan cuba maafkan, aku janji.. cuma luka tak mungkin dapat pulih dengan cepat.. aku maafkan sebab aku nak selamatkan hubungan kita, sebab aku tak nak sesiapa hilang dalam hidup aku... cuma jangan buat lagi.. Kadang-kadang aku rasa tak sanggup nak maafkan orang, aku rasa berat sangat dugaan Allah.. uji aku dengan kesetiaan orang-orang sekeliling.. Tapi bila aku renung diri aku, aku buka mata.. aku lihat dunia, aku lihat orang lain.. baru  aku sedar, aku manusia yang tak tau bersyukur! aku cuma diuji sedikit, cuma secebis! tapi aku terus jatuh.. Allah, hina sangat diri aku.. sedangkan para muslim di luar sana diuji dengan  kematian saudara-mara mereka yang shahid! kehilangan harta-benda! kemusnahan tanah air! Lihatlah dunia, lihatlah diri kita. Kita sebenarnya cukup bahagia, cuma kita tak tau bersyukur, sering merungut. Allah uji sebab Allah sayang.

          

Sabtu, 7 Jun 2014

Buat kau...



     Biar mata tidak bertemu,
     Biar doa kekal rahsia,
     Biar kau terus menyalahkan aku,
     Dan biar aku terus dipersalahkan..

     Aku selesa begini,
     Hakikatnya, Allah saja yang tahu.. 

     Kiriman doa saban hari,
     Kadangkala buat aku rasa yakin
     Allah sudah temukan kau dengan mujahid sejati,
     Yang mustahil akan dapat aku tandingi...

     Ingin sekali aku akui,
     Aku bukan mawar berduri,
     Yang para Adam impikan,
     Tapi aku hanya teluki...

     
      Ya, akulah sang teluki,
      Yang tidak pernah berseri,
      Yang tidak pernah mewangi,
      Yang hanya tahu mengasingkan diri...


     Lalu biar aku akui,
     Bahawa aku bukan wanita solehah,
     Yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak terpuji,
     Tapi aku cuma wanita biasa,
     Yang masih bertatih mengenal dunia Dia...

Khamis, 5 Jun 2014

Kayap

Assalamualaikum... 


           Happy holiday semua ! Hihi, maklumlah sekarang kan musim cuti.. tapi cuti-2 pun, kelas tambahan dan kerja kursus setia menanti ! Jangan lupakan homework ^^ 


          Okey, hari ni aku nak cqita pasai kayap. Sebab ap aku nak cqita pasai kayap ? Jeng jeng jeng.. sebab penyakit tu dah jadi kat aku --" memang seksa gila.  Apa itu kayap ? " Kayap ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus, kayap terbahagi kepada 3 jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung, dan kayap ular. ataupun dengan nama sainstifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. 


          
             Masa mula-2 jadi kayap tu, serious tak perasan langsong.. cuma rasa sakitt dekat tempat kayap tu, Bila bangun tidoq pagi tu.. aku terus check tempat yang aku rasa sakit.. dah agak dah jadi kayap, tapi yang peliknya kayap ni jadi kat atas dada dan berbentuk segi tiga, cantik jugak kayap tu.. Lol, btw, first tu aku ingat ada ciri-2 *ehem, you know what i mean.. macam ada something yg buat.. maksud aku.. benda tu, makluk lain.. sebab kayap yang jadi tu.. menyeramkan.. dah la bentuk segi tiga..


         Act, dua hari sebelum jadi kayap tu, ada kem masuk hutan. sebab tu boleh pikiaq 'benda tu'. ermmm.. tak ada lg yg taw aku jadi kayap.. takot nak habaq kat mak, sebab nanti mak bawak pi kat orang tua tu.. dah la lakie, tak kan dia nak rawat aku kowt. Tapi orang tua tu baguih jugak, sebab masa first time aku jadi kayap kat tangan, dia rawat guna ayat-ayat Al-Quran... tapi tetap tak mau -_- Aku sebenarnya takod jugakk, macam mana kalau jadi parut? macam mana kalau aku kahwin nanti parut tu tak hilang? macam mana kalau suami aku tak suka? Noooo ! Aku tak biaq benda tu jadi !

   
        Tapi aku takut nak habaq kat mak, nanti kena pi kat orang tua tu.. tak kan dia nak tengok dada aku, aku tak nak aurat aku terdedah, walaupun sikit.. ya Allah, macam mana ni......... takutttttttt, kalau tak rawat, nanti melaqat...