// Syafiqah Mansor : Think positive, Allah sayang...

blogskin

F A K E S M I L E :'3


LA TAHZAN. INNALLAHA MA'ANA ^^
Assalamualaikum. Nur Syafiqah nama yg telah diberikan sejak aku mula melihat dunia. Cahaya Kebaikan. Indahnya namaku. Alhamdulillah:) Telah dilahirkan olh insan yg sngt menyayangiku, dan telah diazankan olh seorg ayah yg sngt mengasihiku. Aku lemah dalam menghadapi dugaan hidup, namum masih ingn mnjadi ahli di syurga-MU. Layakkah aku? Tidak! Aku tidak layak! Bantulah hamba-Mu yg hina ini ya Allah. Hanya dengan redha-MU aku mampu memasuki mahligai-MU. Aminn.

<$BlogItemCommentCount$> comment[s] | back to top

Jumaat, 13 Jun 2014

Think positive, Allah sayang...


Assalamualaikum...


          
          Dalam hidup ni, kita memang tak boleh percayakan sesiapa. Saudara yang sering mengambil berat akan kita, bertanyakan khabar, menasihati siang dan malam.. hakikatnya, di belakang kita, saudara itu yang menghina kita dalam diam, mengutuk kita tak henti-henti.. tapi apa yang paling tak sangka, apabila saudara itu membuka aib kita. Allahuakbar, sakit ! tak ada perasaan yang mampu digambarkan. Di hadapan aku, dialah tempat aku mengadu nasib, dialah pendengar setia aku, tanpa aku sedar.. aku rasa selamat bila bercakap dengan dia. Mungkin disebabkan usia dia yang lebih tua, aku selesa dengannya. Mungkin dia buka aib aku, untuk menutup kesedihannya, untuk mempertahankan dirinya dan untuk menjadi kuat di mata semua orang... atau mungkin untuk meminta simpati orang lain. tapi kenapa aku? semua orang nampak aku kuat.. selalu cakap kasar.. tapi pernahkan orang tau aku lemah! aku tak berdaya.. aku manusia yang tak boleh tahan dengan kata-kata orang.. aku keluarkan air mata setiap masa.. bukan untuk merebut perhatian orang! tapi sebab aku tak kuat.. ya, aku macam itu.. kenapa sanggup lagi lukakan hati aku... kenapa.. aku akan cuba maafkan, aku janji.. cuma luka tak mungkin dapat pulih dengan cepat.. aku maafkan sebab aku nak selamatkan hubungan kita, sebab aku tak nak sesiapa hilang dalam hidup aku... cuma jangan buat lagi.. Kadang-kadang aku rasa tak sanggup nak maafkan orang, aku rasa berat sangat dugaan Allah.. uji aku dengan kesetiaan orang-orang sekeliling.. Tapi bila aku renung diri aku, aku buka mata.. aku lihat dunia, aku lihat orang lain.. baru  aku sedar, aku manusia yang tak tau bersyukur! aku cuma diuji sedikit, cuma secebis! tapi aku terus jatuh.. Allah, hina sangat diri aku.. sedangkan para muslim di luar sana diuji dengan  kematian saudara-mara mereka yang shahid! kehilangan harta-benda! kemusnahan tanah air! Lihatlah dunia, lihatlah diri kita. Kita sebenarnya cukup bahagia, cuma kita tak tau bersyukur, sering merungut. Allah uji sebab Allah sayang.

          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan